Pages

Monday, March 18, 2013

luahan rasa

Assalamualaikum.
Syukur masih bernafas lega di atas bumi Sabah ini.Walau apa yang berlalu di sebelah sana segala tanggung jawab terhadap kerja,kehidupan dan kewajipan tetap dilakukan seperti biasa.
Bercerita tentang apa yg terjadi d Lahad Datu memberi impak yang besar terhadap pemikiran masyarakat sabah(peribumi ya..bukan PATI).Saya kira selama ini kami menjalani kehidupan bersama tanpa ada rasa benci atau curiga.Tapi selepas kejadian itu ramai diantara kita yg sudah memandang serong terhadap mereka ini terutama yg dtg dari filipina.
saya rasa mungkin ramai juga antara kita yg dpt menerima mereka (dulu) dgn hati yg sedikit ikhlas utk dtg ke sabah bagi mencari rezeki dan sesuap nasi.Tapi apa yg berlalu sebaliknya adalah sangat2 tidak adil apabila rakyat sabah memberi madu dan mereka balas dgn racun.
 Ada di antara mereka yg mendapat pendidikan d sini dan belajar menyanyikan lagu NEGARAKU dan mengangkat tangan berikrar TAAT SETIA tapi mengkhianati negara ini.klu betullah tali barutnya adalah anggota keselamatan bagaimana dia sanggup melihat rakan seperjuangannya di bunuh dan diperlakukan dgn kejam sekalipun jasad sudah tidak bernyawa.Manusia lagikah itu?
Demi sebuah tanah yg kita tinggal bersama dgn keamanan dan kesenangan yg dinikmati juga bersama pun sanggup membelot.Begitu juga dgn pengganas itu..tinggal dgn aman d sini pun masih mau merampas tanah yg sudah bukan milik mereka lagi.Persoalanya..mengapa pakcik kiram ni nak tuntut sabah setelah berpuluh tahun sudah berlalu?
Datuk nenek nya dulu pun tidak juga sibuk nak meminta sabah dari malaysia.Tengok sabah pesat membanggun barulah pulak claim sabah ni diorang punya..
Entahlah..dengan keadaan yg macam ni byk aktiviti kami2 ni sebagai penjawat awam yg terjejas.Cuti di bekukan..kena berjaga2 takut kena tangkap jadi tebusanlah..apalah¡¡¡
Apatah lagi mcm saya ni isteri anggota keselamatan...suami d rumah teringat kwn d balai takut kena ambush mundu.Duduk di balai takut isteri di rumah..byk laporan orang ramai yg mengatakan ada pihak tertentu yg tidak d kenal bertanya di mana rumah polis dan hospital..mmmmmmm.
Harap kami2 ni terhindar dari niat2 mereka yang tidak baik.InsyAllah
♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥






apapun Ld berperang dgn mundu saya berperang dgn jarum..gunting..mesin jahit untuk menyiapkan beberapa craft dan inilah hasilnya..LayaNnnnn...